Pages

Saturday, February 1, 2014

Pertemuan pertama bersama Exo member 2.2.2014

Tahun ini usiaku 22 tahun.. Aku baru sahaja belajar di sebuah universiti tempatan dikenali sebagai UITM Kedah. Aku berasal dari keluarga agak berada. Ayahku berkerja di Jabatan Kementerian dan merupakan seorang Datuk. Manakala Ibuku membuka sebuah butik yang terletak di Shah Alam. Aku merupakan seorang anak yang sangat manja dan mempunyai 11 orang adik beradik dan aku merupakan anak yang ke 11 dalam keluarga. Aku mempunyai 7 orang abang dan 3 orang kakak. Abang sulungku iaitu Mohd Adam Al-Ikhwan merupakan seorang Peguam. Abang Am sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Kakak kedua aku bernama Nurul Alia Batrisyia berkerja sebagai Pereka Fesyen di sebuah Butik. Kakak Alia juga sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Abang ke 3 ialah Muhd Haikal Danial. Abang Haikal seorang Pilot di Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines dan mempunyai 1 orang cahaya mata. Kakak ke 4 ialah Amirah Syakirin. Kakak Kirin berkerja sebagai seorang tukang masak di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Abang ke 5 ialah Muhd Danish Akmal. Abang Danish adalah seorang pengurus Hotel Ancasa di Kuala Lumpur dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Kakak ke 6 ialah Nur Zulaikha Zahirah adalah seorang doktor di Hospital Institute Jantung Negara dan mempunyai 1 orang cahaya mata. Abang ke 7 ialah Muhd Kairul Nizam dan telah berkerja di sebuah syarikat di Korea. Abang ke 8 ialah Muhd Aiman Fahmi merupakan seorang pelajar PHD di University UK dalam Jurusan Kedoktoran. Abang ke 9 ialah Muhd Iskandar merupakan pelajar Master di University Ireland dalam Jurusan Peguam. Abang ke 10 ialah Muhd  Ikhmal Rizal merupakan pelajar Master di International University of Tokyo dalam bidang Jurutera. Aku merupakan pelajar Jurusan Business di Universiti tempatan. Aku telah pun tamat belajar dan bakal graduasi bersama dengan kawan-kawanku dari universiti yang sama pada bulan 5 tahun ini.. Kesemua abang dan kakakku sangat mengambil berat terhadapku. 1 hari Abg Kai menelefonku untuk menanya khabarku lalu mempelawaku untuk berkunjung ke Korea kerana dia tahu aku sangat meminati Kumpulan Kpop iaitu Exo dari SM Entertaiment. Aku terus bersetuju lalu meminta kebenaran ibu dan ayahku. Selepas mendapat kebenaran mereka, aku terus menempah tiket ke korea pada 4/2/2014 dan aku mendapat tahu abg Kal menjadi pilot yang akan membawaku ke Korea.

4/2/2014 di Lapangan Terbang KLIA.

Hari yang aku tunggu2 sudah tiba. Abg Am, Kal, Danish, Kak Alia, Kirin, Ikha beserta kedua orang tuaku menghantarku ke airport. Aku berasa sangat sedih kerana hendak meninggalkan mereka untuk 2 bulan. Ibu dan Ayahku telah memberikan kepadaku duit belanja sepanjang berada di Korea. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Korea mengambil masa 6 jam. Sepanjang itulah aku mendengar lagu2 Exo yang aku minati sambil menikmati pemandangan dari atas awan. Aku kini berada di awan Korea kerana pesawat yang membawaku kini berada berhampiran dengan Airport Korea iaitu Incheon. Aku berasa sangat gembira kerana akhirnya aku kini berjaya menjejakkan kaki ke negara kesayanganku iaitu korea. Sebelum ini, aku berasa sangat iri hati dengan kawan2ku kerana mereka berjaya menjejakkan kaki mereka ke Korea terlebih dahulu daripadaku. Ketika itulah, abg Kai menghantar sms kepadaku yang mengatakan bahawa dia telahpun berada di Lapangan Terbang Incheon. Aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada abg Kal kerana abg Kal perlu pulang ke Malaysia kerana terpaksa bertugas.

5/2/2014 Lapangan Terbang Incheon.

Sesampainya di pintu ketibaan, mataku pantas mencari abg kesayanganku iaitu Abg Kai. Kelihatan Abg Kai sedang berbual2 dengan 2 orang pemuda korea yang tidak ku kenali. Abg Kai menyedari kehadiranku pantas memelukku dengan eratnya. Abg Kai kelihatan sangat gembira sekali dengan Kehadiranku. Kemudianya, Abg Kai membawa beg pakaianku diikuti dengan 2 orang pemuda Korea tersebut. Abg Kai memwaku pulang ke sebuah apartment yang agak mewah diikuti dengan 2 orang pemuda tersebut. Kedua2 orang pemuda tersebut tidak kelihatan mukanya kerana mereka menutup muka mereka dengan topi dan memakai cermin mata. Sesampainya di apartment, aku dapati terdapat banyak kasut disusun kemas di atas almari kasut. Abg Kai kemudianya menutup mukaku kerana menurut Abg Kai ini adalah kejutan buatku kerana datang ke Korea. Aku dibawa ke ruang tamu. Sesampainya di ruang tamu, Abg Kai terus membuka mataku dan alangkah terkejutnya aku kerana mendapati kesemua member band yang amat aku minati iaitu Exo kini berada di hadapanku. Seketika aku tercengang sebentar... Mereka semua kelihatan tersenyum kepadaku kerana mukaku sekarang amat terkejut dan kelihatan tidak percaya.. Aku kemudianya memandang muka Abg Kai dan Abg Kai jugak senyum kepadaku lalu memberitahu aku bahawa dia adalah pengurus kepada Exo. Abang Kai jugak memberitahuku, dia mengetahui aku meminati kumpulan Exo dari kedua orang tuaku. Jadi dia mengambil keputusan untuk mempelawaku ke Korea untuk berjumpa sendiri dengan kumpulan yang aku minati. Aku seakan akan tidak percaya bahawa abgku adalah pengurus kepada kumpulan yang aku minati. Kemudiannya, Exo member memperkenalkan diri mereka kepadaku. Alangkah gembira dan bahagianya hidupku apabila angan-anganku kini menjadi realiti. Dan aku mendapati kedua orang pemuda korea yang menjemputku di lapangan terbang sebentar tadi adalah idola yang aku minati iaitu Beekhyun and Chanyeol. Selepas itu, abg Kai menunjukkan bilik yang bakal aku diami selama 2 bulan kepadaku. Alangkah gembiranya hatiku apabila melihat bilikku bersebelahan dengan bilik yang didiami oleh Baekhyun dan Chanyeol.


No comments:

Post a Comment